Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ianya selaras dengan hasrat menjadikan AKT antara yang terulung di Malaysia.

Katanya, pengetahuan dan latihan berterusan yang diperoleh di AKT bakal membolehkan pelatih berdikari kerana kursus pembuatan kek dan roti yang diikuti boleh menjadi sumber pendapatan ataupun duit poket tambahan selain membantu keluarga.

“Maidam bersedia untuk memberikan latihan bukan sahaja kepada asnaf rakyat Terenganu tetapi dari luar negeri ini menerusi kerjasama pintar diantara Maidam (Pemilik), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) sebagai pembiaya dan pengurus serta GIATMARA (pengajar).

“Dalam masa yang sama, kita juga bercadang hendak adakan kursus tambahan selama tiga atau empat bulan untuk kita panggil seluruh asnaf zakat di Malaysia datang ke Terengganu bagi mempelajari bidang ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Graduasi Akademi Kulinari Terengganu Kali Ke-3 yang disempurnakan oleh yang DiPertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron.

Katanya, AKT dipilih sebagai pusat perintis untuk mengembangkan bidang pembuatan kek dan roti di kalangan asnaf.

“Maidam juga berhasrat untuk memperbesarkan akademi ini dengan menambah dua lagi makmal masakan dengan peralatan canggih untuk kegunaan pelatih,” ujarnya.

Menurut beliau, AKT dibangunkan di atas tanah milik Maidam dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 YWM.

“AKT siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012 telah diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.

“Akademi ini menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan berserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf Maidam,” ujarnya.


Sumber : teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 635

Hari sebelum 793

Minggu ini 635

Bulan ini 10492

Jumlah 179329

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?