A A A

A- A A+

KADAR ZAKAT FITRAH TIDAK KURANG RM7.00 SEORANG

Jumlah paparan: 825

150621 Shikh Harun
14 Mac 2022 (Isnin) Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini tidak kurang daripada RM7 seorang. Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu telah diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Beliau berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu dinilai berdasarkan harga gred Super Tempatan dengan lima peratus hancur dalam pasaran. "Kadar bayaran zakat fitrah itu kekal sejak 2016 dan kita melantik seramai 966 amil bertauliah untuk memudahkan masyarakat Islam membuat bayaran. "Berdasarkan jumlah umat Islam di negeri ini, kita mensasarkan kutipan zakat fitrah tahun ini adalah RM6.9 juta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penetapan kadar zakat fitrah di bilik Mesyuarat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.

YB. Dato’ Shaikh Harun berkata, umat Islam di negeri ini diminta membuat bayaran secara tunai kepada amil yang ditauliah. Katanya, berdasarkan Seksyen 40, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, mereka yang tidak bertauliah dan didapati bersalah memungut zakat serta fitrah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Umat Islam yang membuat bayaran zakat dan fitrah kepada mereka yang tidak bertauliah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya lagi.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 2823

Hari sebelum 2850

Minggu ini 8160

Bulan ini 40977

Jumlah 2705576

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?