fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 


1. Maksud Had Al-Kifayah
Had Al-Kifayah bermaksud “Garis kecukupan minimum bagi keperluan  asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa”. Dalam konteks negeri Terengganu, Had Al-Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi yang paling minimum bagi sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan kajian lapangan terhadap kos sara hidup semasa di negeri Terengganu.
 
2. Keperluan asas yang perlu diambil kira dalam penentuan Had Al-Kifayah:
    a.    Perlindungan / tempat tinggal
    b.    Makan dan minum
    c.    Pakaian
    d.    Perubatan
    e.    Pelajaran
    f.     Pengangkutan
 
3. Perkara yang diambil kira dalam penetapan kadar Had Al-kifayah
    a.     Maklumat ketua isi rumah (KIR)
    b.     Maklumat  ahli isi rumah / jumlah tanggungan (AIR)
    c.     Pendapatan suami / KIR
    d.     Pendapatan isteri
    e.     Pendapatan lain (Pemberian anak / Bantuan JKM / Sewaan dll)
 
4. Kadar Had Al-Kifayah yang ditetapkan : 
BIL
BUTIRAN
 
BANDAR (RM)
LUAR BANDAR (RM)
1
Pemohon (Tinggal Rumah Berbayar)
 
1,316.00
1,170.00
2
Pemohon (Tinggal Rumah Percuma)
 
1,019.00
914.00
3
Isteri Bekerja
 
380.00
344.00
4
Isteri Tidak Bekerja
 
162.00
132.00
5
Dewasa Lelaki Tidak Bekerja 
 
0.00
0.00
6 Dewasa Perempuan Tidak Bekerja   156.00 131.00
7
Dewasa Tidak Bekerja Kerana Cacat / Uzur
 
154.00
134.00
8
Dewasa Belajar / IPT - Tinggal Di Rumah Sewa (18 tahun ke atas)
Tiada Pinjaman/Bantuan Pelajaran
600.00
600.00
    Ada Pinjaman/Bantuan Pelajaran 480.00 480.00
    Mendapat Biasiswa/Dermasiswa Penuh 0.00 0.00
 9 Dewasa Belajar / IPT - Tinggal Di Asrama (18 tahun ke atas) Tiada Pinjaman/Bantuan Pelajaran  516.00 516.00 
    Ada Pinjaman/Bantuan Pelajaran 420.00 420.00
    Mendapat Biasiswa/Dermasiswa Penuh 0.00 0.00
 10 Dewasa Belajar / IPT - Tidak Menyewa (18 tahun ke atas)  Tiada Pinjaman/Bantuan Pelajaran  360.00 360.00 
    Ada Pinjaman/Bantuan Pelajaran 288.00 288.00
    Mendapat Biasiswa/Dermasiswa Penuh 0.00 0.00
11
Sekolah Menengah (13 – 17 tahun)
 
304.00
268.00
12
Sekolah Rendah (7 – 12 tahun)
 
254.00
225.00
13
Pra-Sekolah (5 - 6 tahun)
 
185.00
152.00
14
Belum Bersekolah / Bayi (Bawah 4 tahun)
 
194.00
182.00

Berdasarkan butiran di atas tidak dimasukkan ibubapa sebagai tanggungan pemohon kerana ibubapa mereka mempunyai tanggungannya sendiri dan berhak memohon atau mendapatkan bantuan atas namanya sendiri sekiranya tergolong di kalangan asnaf fakir miskin.


5. Kaedah pengiraan Had Al-kifayah :

Dalam pengiraan Had Al-Kifayah pendapatan kasar suami dan isteri akan ditolak dengan keperluan asas Ahli Isi Rumah (AIR) untuk mengetahui jumlah baki yang masih tertinggal daripada jumlah pendapatan tersebut. Jika negatif berkemungkinan seseorang tersebut akan layak mendapat bantuan zakat, walau bagaimanapun terdapat tujuh (7) aspek lain lagi yang perlu diambil kira bagi melayakkan seseorang diluluskan sesuatu bantuan zakat. Sebaliknya jika mempunyai lebihan daripada jumlah pendapatan tersebut maka seseorang itu secara umumnya tidak layak menerima bantuan zakat.

Contoh :
i.       RM1,200.00 – RM1,500.00 = -RM300.00 (LAYAK TERIMA)
ii.      RM1,500.00 – RM1,200.00 = +RM300.00 (TIDAK LAYAK)
 
Rujukan : Buku Garis Panduan Agihan Zakat 2024

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Agihan Zakat MAIDAM
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY