A A A

A- A A+


Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala (S.W.T.).

Para ahli fiqh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf merupakan ibadat yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf hingga ke akhirat dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala dengan demikian kedudukan harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T. telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-


    “Bandingkan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat serratus biji. Dan ingatlah Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

HUKUM MEWAKAFKAN HARTA


Jumhur Ulama’ selain daripada Mazhab Hambali menyatakan hukum wakaf adalah sunat yang digalakkan. Ianya terjumlah dari amalan pemberian sedekah yang digalakkan.

KEDUDUKAN WAKAF


Di sisi Muhammad bin Hassan, Mazhab Shafie dan Hanbali – wakaf itu sekiranya sah adalah perkara mesti (lazim) dan tidak boleh dibatalkan dengan kata-kata atau dengan lain-lain cara, juga terputus kuasa pewakaf terhadapnya dan tidak boleh dirujuk semula serta hilanglah milik pewakaf itu dari aset yang diwakafkan.

FAEDAH AMALAN WAKAF


•    Ibadat wakaf menjanjikan pahala yang berterusan.
•    Ibadat wakaf meningkatkan lagi syiar Islam di kalangan masyarakat.
•    Ibadat wakaf berpotensi untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 727

Hari sebelum 501

Minggu ini 2466

Bulan ini 23208

Jumlah 83758

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?