PENGERTIAN LUQATAH

• Harta Luqatah ialah sesuatu yang dipungut atau harta tercicir.
• Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain.
• Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai harta tanap milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas tersebut.
Ubai bin Ka’ab r.a. meriwayatkan : “Saya menemui satu uncang yang berisi seratus dinar dan saya pergi untuk menemui Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda “Umumkan tentangnya selama setahun.” Namun tiada siapa yang mengenalinya kemudian saya pergi bertemu baginda lagi. Baginda bersabda: “Umumkanlah selama setahun, sehingga tuannya datang. Jika tiada yang datang engkau gunalah.” Lalu saya pun menggunakannya.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  
Rasullulah s.a.w. bersabda : Kenalilah akan ikatan yang mengikat harta tersebut serta bekasnya, kemudian hebahkanlah selama setahun. Sekiranya kamu tidak menemui tuannya maka kamu boleh memilikinya dan membelanjakannya, dan hendaklah ia dijadikan sebagai barang simpanan di bawah jagaan kamu. Sekiranya pada suatu hari datang tuannya kepada kamu maka berikanlah kepadanya.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Zaid bin Khalid al Juhani meriwayatkan seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan harta luqatah lalu baginda bersabda : 
Hebohkanlah harta tersebut selama setahun.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


HUKUM MEMUNGUT

Sunat    Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.
Wajib    Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.
Harus   Jika tidak dibimbangi akan hilang.
Haram  Bagi orang yang berniat jahat.


PERANAN PEMUNGUT

•    Menjaga harta luqatah
•    Menghebahkan kepada orang ramai
•    Menyerahkan kepada tuannya jika dijumpai
•    Menyerahkan kepada pihak Baitulmal MAIDAM jika tiada tuntutan


JENIS-JENIS

A.    Harta Bukan Haiwan

i)    Harta yang cepat rosak, seperti makanan

Dari segi hukum harta sebegini diberi pilih kepada penemunya sama ada untuk memakan atau menggunakannya dan diganti, atau dia menjualnya dan menyimpan harganya.

ii)   Harta yang cepat rosak tetapi boleh dijaga supaya tidak rosak

Bagi harta jenis ini wajib bagi penemunya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik asal iaitu menjual dan menyimpan harganya. Melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan harta tersebut dari rosak dengan belanja sendiri, atau dia menjual sebahagian harta tersebut bagi tujuan perbelanjaan penjagaan harta yang selebihnya.

iii)  Bagi harta yang tidak rosak

Bagi harta ini wajib bagi penemu menjaganya selama tempoh hebahan.


B.    Luqatah Haiwan

Harus bagi penemu memelihara haiwan yang ditemuinya dan dikembalikan kepada tuannya apabila dituntut. Beliau boleh meminta dari tuan asalnya jumlah perbelanjaan yang digunakannya. Harus juga bagi beliau menjual dan menyimpan wang hasil jualan.



Bilangan Pengunjung

Hari ini 96

Hari sebelum 887

Minggu ini 96

Bulan ini 4031

Jumlah 2175520

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?