Majlis Graduasi Bakar Semangat Pelajar

Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar untuk menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh berkata, majlis seumpama itu merupakan strategi berkesan dalam melonjakkan semangat pelajar.

“Bagi sekolah-sekolah menengah agama negeri Terengganu,majlis sebegini merupakan tradisi keilmuan dan penghargaan kepada para pelajar.

“Ia merupakan kemuncak paling bermakna serta meninggalkan memori paling indah buat semua individu yang pernah bergelar pelajar,” ujarnya dalam teks ucapan Sempena Majlis Graduasi 2014 Sekolah Menengah Agama Terengganu Kali -7 di Pusat Kovensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan), Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Katanya, selain menjadi kenangan buat para para pelajar, majlis seumpama itu juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa kerana kelangsungan kecemerlangan terletak kepada hubungan baik dan komitmen semua pihak termasuk para pendidik, ibu bapa dan juga pelajar.

Pada majlis itu, seramai 243 pelajar tingkatan lima dan enam sekolah-sekolah menengah agama negeri yang bakal menamatkan alam persekolahan tidak lama lagi diberi pengiktirafan dan penghormatan.

Sumber : Teganukita.my

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 250

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6753

Bulan ini 77968

Jumlah 1752439

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?