Maidam Buka SPAIT Seluruh Daerah Bermula Januari 2015

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan membuka Kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) di seluruh daerah bermula Januari 2015.


Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Salleh berkata, pada tahun hadapan kelas SPAIT akan dilaksanakan di empat lagi masjid, iaitu Masjid Putera Jaya, Kampung Pak Kanchil Setiu, Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang (Hulu Terengganu), Masjid Nur Zahirah (Marang) dan Masjid Sungai Udang (Dungun).

Katanya, kelas yang sama  sudah dilaksanakan di tiga masjid utama, di tiga daerah, iaitu Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, Masjid Hadari, Jerteh, Besut, Masjid Geliga, Kemaman sejak 2011.

“Berdasarkan sambutan yang baik menerusi tiga kelas yang sudah dilaksanakan itu selain mampu melahirkan pelajar yang berpengetahuan melalui ujian dan peperiksaan SPAIT maka kita akan menambah kelas-kelas pengajian di seluruh daerah iaitu di Setiu, Hulu Terenggau, Marang dan Dungun.

“Pengambilan pelajar minimum 30 sehingga maksimum 50 orang dan bergantung pada kelas, sementara permohonan boleh dibuat di pejabat agama dearah masing-masing sehingga 31 Disember ini supaya dapat dilaksanakan awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil SPAIT Tahap Ibtida’e Kali Pertama dan Juga Pelancaran SPAIT Daerah, di Auditorium Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Maidam, Datuk Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Maidam memperuntukkan RM953,000 bagi membiayai kelas tersebut pada tahun hadapan.


Sementara itu, seramai 90 pelajar menerima sijil masing-masing. Manakala Anugerah pelajar terbaik bagi subjek Tauhid, dinobatkan kepada Nor Zidah Mamat dari Kemaman, subjek Feqah, Jumah Aris juga dari Kemaman, Tasawuf/Akhlak, Wan Mohd Daud Wan Sulong (Kuala Terengganu) dan Keseluruhan, Abd Aziz Mohammad dari Besut.

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 250

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6753

Bulan ini 77968

Jumlah 1752439

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?