Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
 
MAIS serah bantuan banjir 2024
 
Dungun 20 Januari 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menghargai dan mengalu-alukan sumbangan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mangsa banjir daerah Dungun di dalam program Misi Bantuan Pasca Banjir MAIS, Agensi dan Anak Syarikat Ke Negeri Terengganu semalam.
 
Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS selaku ketua delegasi MAIS telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM140,000.00 kepada MAIDAM yang diwakili oleh Encik Abd. Razak  Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) di dalam majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) petang Jumaat lepas (19 Januari 2024).
 
Misi Bantuan Pasca Banjir MAIS ini merangkumi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
 
Sumbangan RM140,000.00 tersebut adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM75,000.00, 500 pek makanan asas dengan nilai RM25,000.00 dan sumbangan wakaf fisabilillah bagi baik pulih 2 buah masjid berjumlah RM40,000.00 kepada Masjid Rantau Abang dan Masjid Batu Tiong.
 
Menyaksikan majlis sumbangan tersebut ialah Encik Jusman Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun dan Ustaz Ahadi Othman, Pegawai Agama Daerah. MAIDAM merakamkan ucapan terima kasih kepada MAIS dan anak-anak syarikat, juga kepada Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Majlis Daerah Dungun, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis penyampaian sumbangan tersebut.
 
 
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY