Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Keraian sempena kejayaan Bahagian Zakat MAIDAM dalam pungutan dan agihan zakat bagi tahun 2015. Majlis yang diadakan pada 6 Januari 2016 di Grand Putri Hotel, Kuala Terengganu, telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang DiPertua MAIDAM. 
 
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli-ahli MAIDAM, YBM. Dato' Dr. Syed Mohammad Salleh bin Syed Yusof  Al-Zawawi, YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, YBhg.  Prof. Dato'  Dr. Mohamed Anwar bin Omar Din dan Tuan Haji Wan Abd. Malik bin Wan Sidek, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Pengarah Baitulmal, pegawai-pegawai kanan MAIDAM serta kakitangan Bahagian Zakat.
 
Dalam ucapannya, Dato’ Shaikh Harun memaklumkan bahawa MAIDAM telah mengutip zakat lebih RM126 juta pada tahun 2015. Dan apa yang lebih membanggakan ialah pada tahun yang sama, MAIDAM juga berjaya mengagihkan wang zakat sebanyak RM120 juta. Ini bermakna MAIDAM berjaya mengurangkan lebihan wang zakat berbanding tahun-tahun yang lalu. 
 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dalam pengurusan zakat MAIDAM. Bahagian Kutipan perlu memfokuskan kepada peniaga-peniaga agar dapat menunaikan kewajipan berzakat mereka. Di samping itu, bahagian agihan zakat disyor supaya memudahkan permohonan bantuan kepada para asnaf zakat.
 
 
 
Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 14:59
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 498

Hari sebelum 690

Minggu ini 3910

Bulan ini 10704

Jumlah 202922

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?