Sambutan Maal Hijrah Tahun 1435H Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENG­GANU 5 Nov -  Seorang pendakwah dan karyawan Islam, Dr. Zulkifli bin Mohamad telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah1435H yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dr. Zulkifli, 44, yang berasal dari Kampung Kubang Kekura, Kuala Bekah dekat sini menerima anugerah tersebut daripada Kebawah DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin termasuk wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sijil penghargaan dan plak.


Pada majlis itu, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan 10 lagi anugerah iaitu Anugerah Keluarga Mithali kepada pasangan Jusoh bin Embong dan isterinya, Senik binti Yusof, diikuti Naimah binti Zakaria (Tokoh Keluarga Tunggal) dan Rashid bin Ali (Tokoh Imam Cemerlang).

Lain-lain penerima anugerah ialah Ismail bin Abdullah (Tokoh Bilal Cemerlang), Kelsom binti Bakar (Tokoh Hafizah), Datuk Mah Hassan bin Omar (Tokoh OKU) dan Mohd Syafiq Suresh (Aktivis Saudara Kita).

Masjid Geliga, Kemaman pula menerima Anugerah Masjid Kerajaan Terbaik dan Masjid Kampung Pusu, Bukit Payong (Masjid Mukim Terbaik) manakala Surau Nurhidayah, Dungun (Surau Terbaik).

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 211

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6714

Bulan ini 77929

Jumlah 1752400

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?