Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen MAIDAM 2017

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen Kerajaan pada 21-23 Mei 2017 bertempat di Hotel M.S Garden, Kuantan, Pahang.

Kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM dan dikendalikan oleh KACD Resources Sdn. Bhd. Antara lain kursus ini mendedahkan peserta mengenai kategori rekod awam, pengkelasan dan pengendalian fail, merekod pergerakan fail, penggunaan sampul kecil, pengurusan fail 'Simpan Dalam Perhatian (SDP)' dan fail hilang serta pelupusan fail.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Pn. Suhailawati bt. Saigai.

Foto

Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 15:01
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 896

Hari sebelum 835

Minggu ini 5291

Bulan ini 14616

Jumlah 230243

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?