Program Bantuan Pasca Banjir Kepada Asnaf dan Masjid serta Surau Daerah Kemaman.

Kemaman, 30 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan program Penyerahan Bantuan Pasca Banjir kepada Asnaf dan Masjid / Surau Daerah Kemaman pada hari ini. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini telah diberikan bantuan berupa wang tunai dan program ini telah

disempurnakan oleh Yang DiPertua MAIDAM, Y.Bhg. Dato’ Bentara Luar (Dato' Haji Omar bin Pilus).Turut hadir sama dalam program tersebut ialah YB. Dato’ Seri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Kemaman, YB.  ADUN Air  Putih, YB ADUN Chukai dan Pengarah Jabatan Baitulmal MAIDAM,  Tn. Haji Mohd Noor bin Mohamad.
Dalam program tersebut MAIDAM telah memperuntukkan RM 183,500.00 daripada  wang zakat untuk diagih kepada 201 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan banjir. Dalam majlis itu juga, disampaikan bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM 500,000.00 kepada 6 buah masjid serta 21 buah surau yang terlibat dengan bencana banjir.

Kaedah pembahagian kepada asnaf  ini dibuat mengikut bilangan tanggungan keluarga   di mana keluarga mempunyai bilangan tanggungan 1-2 akan mendapat RM 500.00 manakala tanggungan 3 orang ke atas akan mendapat RM 1000.00. Tambahan sebanyak RM 100.00 seorang diberikan mengikut bilangan anak yang bersekolah.

 

Klik Disini Untuk Melihat Foto Sekitar Program.

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 204

Hari sebelum 3111

Minggu ini 6707

Bulan ini 77922

Jumlah 1752393

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?