Asrama Anak Yatim Darul Akhyar |
Pengenalan
Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak yatim terutama di bawah asnaf fakir miskin.
Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak MAIDAM sehingga selesai pendidikan menengah mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Yayasan Pendidikan MAIDAM.

