(1) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari tiga (3) bulan
      sebelum tamat tempoh sijil itu atau selewat-lewatnya pada 31 haribulan Oktober pada setiap tahun.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual 4.

(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti berikut:

           (a) jika permohonan sijil itu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1), finya adalah satu ratus ringgit;

           (b) jika permohonan sijil itu dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1), finya adalah seperti berikut:

                   (i) jika permohonan dibuat dalam tempoh kurang dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu, finya ialah dua ratus ringgit;

                  (ii) jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil, finya ialah tiga ratus ringgit;

                 (iii) jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh perenggan (b) (ii) tetapi dibuat dalam tempoh dua bulan        
                       selepas 
tamat tempoh sijil, finya ialah empat ratus ringgit; dan

                 (iv) jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh perenggan (b) (iii), finya ialah lima ratus ringgit.

(4) Seseorang Peguam Syarie hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa sekiranya dia –

          (a) tidak lagi beramal sebagai Peguam Syarie; atau         

          (b) ingin beramal semula setelah berhenti; dan fi yang dikenakan untuk memohon Sijil Amalan Guaman Syarie adalah sebanyak
                lima ratus ringgit, dengan syarat jika perenggan (a) tidak dipenuhi, maka fi yang dikenakan adalah sebanyak satu ribu ringgit.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 623

Hari sebelum 793

Minggu ini 623

Bulan ini 10480

Jumlah 179317

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?