Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf, di mana wang modalnya dikekalkan dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih).
Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar (waqf al-darahim waqf al-dananir). Wang-wang tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal. Manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah.