A- A A+

A A A

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Jumlah paparan: 279

13 November 2018 (Selasa) – Telekom Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM berjumlah RM249,008.00.

TM

Encik Mohd Yazid Abd Manaf, Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Negeri Terengganu, menerima sijil penghargaan daripada YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atas pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2017.

 


Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Mohd Yazid Abd Manaf, Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Negeri Terengganu, kepada YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu,
Wakil Telekom Malaysia Berhad yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Tuan Haji Mohd Zulfikri Hassan (Pengurus Pembangunan Perniagaan Strategik TMone Terengganu), Tuan Haji Maliki Harun (Pengurus TMOne, Terengganu), Encik Shamel Johaidee Mohd Shukree (Pengurus Kewangan Telekom Malaysia Berhad Negeri Terengganu), dan juga Encik Romzi bin Sulaiman (Pembantu Pegawai Korporat Telekom Malaysia Berhad Terengganu).
Majlis turut disaksikan oleh Ustaz Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat) dan juga Tuan Haji Muhamad Juhari bin Ismail, (Penolong Setiausaha Pungutan dan Pentadbiran Zakat).

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

230859
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
28286
17048
118971
0
230859
0
230859

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?