PROGRAM MUNAQASYAH ILMU JAWHAR BERSAMA MAIDAM DAN KOMUNITI PULAU REDANG

Jumlah paparan: 75


REDANGEn. Saidi bin Salleh @ Sulong Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM


TERENGGANU: MAIDAM sediakan insentif RM1,000 kepada pelajar cemerlang

PULAU REDANG: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan kewangan untuk membantu pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Saidi Salleh, berkata bantuan itu membolehkan pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat diploma menerima bantuan sebanyak RM800 dan manakala di peringkat ijazah RM1,000.

Beliau berkata, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 3.0 keatas pada peperiksaan setiap semester juga layak menerima insentif sebanyak RM1,000.

"Insentif khas itu hanya ditawarkan kepada pelajar daripada negeri Terengganu sahaja. "Kita mengesan ada antara penduduk di negeri ini membayar zakat fitrah, zakat harta, zakat simpanan dan zakat perniagaan di negeri lain tetapi memohon mendapatkan bantuan pendidikan untuk anak mereka dengan MAIDAM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj M Rozi bin Bidin pada program Munaqasyah Ilmu anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan MAIDAM bersama komuniti di Pulau Redang di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf, Abdul Halim Mat Yusop. Pada program itu, Saidi turut menyampaikan bantuan zakat kepada tiga kategori golongan asnaf yang menetap di Kampung Baru, Pulau Redang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM110,000.

REDANG 1REDANG 2

Pada program itu, Saidi turut menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf yang menetap di Kampung Baru, Pulau Redang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM110,000. Seramai 50 orang golongan asnaf menerima bantuan sara hidup antara RM1,000 dan RM3,000 membabitkan peruntukan sebanyak RM72,500 dan 21 orang turut menerima bantuan persekolahan antara RM1,000 sehingga RM2,500 membabitkan peruntukan sebanyak RM30,000. Selain itu, empat orang menerima bantuan perubatan berjumlah keseluruhan RM7,500.

Pada majlis itu, MAIDAM turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang untuk pembinaan pagar dan tambun tanah di tanah perkuburan islam di pulau terbabit dan RM10,000 kepada SK Pulau Redang bertujuan pembinaan surau sekolah. "Bantuan pendidikan dan insentif yang diperkenalkan itu antara kaedah bagi menggalakkan rakyat di negeri ini agar terus membayar zakat menerusi MAIDAM," katanya.

REDANG 3REDANG 4

Bilangan Pengunjung

Hari ini 12

Hari sebelum 732

Minggu ini 3045

Bulan ini 12902

Jumlah 181739

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?