MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN AL-QURAN, AZAN DAN KUIZ SAUDARA KITA NEGERI TERENGGANU KALI KE 8

Jumlah paparan: 71

tilawah

KUALA TERENGGANU - Majlis Tilawah, Hafazan al-Quran, Azan dan Kuiz Saudara Kita Negeri Terengganu Kali Ke-8 Tahun 1441H/2019M telah diadakan dengan jayanya pada 3-6 Safar 1441H bersamaan 2-5 Oktober 2019M di Permai Hotel, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program tahunan tersebut merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Edisi kali ini menampilkan penyertaan 97 orang yang diuji dalam 12 kategori disipilin seperti tilawah, hafazan al-Quran, azan dan iqamah, kuiz fardhu ain serta amali solat dan wudhu’.

Dato’ Haji Osman bin Muda semasa berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah majlis tersebut menaruh harapan agar dengan kepelbagaian aspek pengujian akan memantapkan lagi pemahaman beragama saudara-saudara kita. “Bukan sekadar itu, kita berkeyakinan saudara-saudara kita akan menghayati sepenuhnya segala ilmu yang difahami untuk diamalkan dan menjadi pegangan hidup sepanjang masa,’’ “MAIDAM telah, akan dan terus menunaikan tanggungjawab kepada saudara-saudara kita ataupun muallaf menerusi peruntukan zakat sinf muallaf untuk pelbagai jenis bantuan dan program tarbiyyah,’’ ujarnya lagi yang juga merupakan Yang Dipertua MAIDAM. 

Sebagai rekod, sehingga akhir bulan September 2019, MAIDAM telah mengagihkan sebanyak RM7 juta zakat sinf muallaf kepada saudara-saudara kita untuk pelbagai jenis bantuan dan program pembangunan syariah saudara kita.Dalam majlis tersebut, Muhammad Raqib Rezq dari daerah Dungun dan Nur Aliyah Alisha binti Abdullah yang mewakili daerah Kuala Terengganu masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran.

Manakala untuk acara Hafazan al-Quran, daerah Kuala Terengganu menguasai kedua-dua kategori lelaki dan perempuan apabila menjadi johan menerusi Muhammad Khairul Hisyam Chin bin Abdullah dan Hannan Safiyyah Tan Sian Hui binti Abdullah.Kesemua juara 4 acara utama tersebut memenangi piala iringan, sijil penyertaan, tunai RM1,000.00 dan pakej menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh MAIDAM.Daerah Kuala Terengganu turut mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan untuk kali ke-8 berturut-turut setelah menjadi johan 8 daripada 12 acara di dalam majlis tersebut.

tilawah2

T1

Bilangan Pengunjung

Hari ini 10

Hari sebelum 732

Minggu ini 3043

Bulan ini 12900

Jumlah 181737

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?