A A A

A- A A+

MAIDAM TURUN PADANG CAKNA ASNAF

Jumlah paparan: 180

umah asnaf

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sentiasa komited dalam program cakna asnaf. Pada 22 Oktober 2019, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin bersama dengan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, Ustaz Nazli Amirri bin Ngah telah menyempurnakan penyampaian bantuan Bina Baru Rumah kepada asnaf bernama Ramli bin Yusof, 60 tahun di Kampung Pulau Rusa. Beliau mengalami masalah kesihatan dan lebih lima tahun tidak dapat mencari pendapatan sendiri kerana menghidap sakit darah tinggi, ulser kronik, kencing manis dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan di HSNZ setiap sebulan sekali. Anak-anak dan keperluan seisi sekeluarga di tanggung oleh isterinya, Rohaizam binti Yahya, 45 tahun yang bekerja sebagai guru KAFA. Bantuan ini dapat menjamin kehidupan sekeluarga ke arah yang lebih baik kerana sebelum ini mereka hanya menumpang di rumah arwah ibu bapa angkat.




Bilangan Pengunjung

Hari ini 861

Hari sebelum 835

Minggu ini 5256

Bulan ini 14581

Jumlah 230208

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?