Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019

Jumlah paparan: 638


sa
SYABAS MAIDAM! TERIMA ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2019

Johor Bahru - Tanggal 03 Disember 2019 merupakan satu tarikh bermakna bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana telah dinobatkan sebagai agensi yang berjaya mendapat Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019. Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menerima penganugerahan sijil tersebut daripada YBhg. Dr Yacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) yang diadakan di Holiday Villa, Johor Bahru City Centre. Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu MAIDAM (e-MAIDAM) telah mendapat pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) selepas berjaya memenuhi semua kriteria yang diperlukan pada Mac lalu.Image may contain: indoor
Setiap sistem perakaunan jabatan mestilah mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Kriteria Pematuhan SAGA. Tujuan sijil ini diadakan adalah bagi memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan. Selain itu, tujuan sijil ini juga bagi memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa..

Bilangan Pengunjung

Hari ini 512

Hari sebelum 981

Minggu ini 7459

Bulan ini 21321

Jumlah 543375

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?