A A A

A- A A+

UNDANG-UNDANG ZAKAT DAN FITRAH

Jumlah paparan: 94

jenayah


UNDANG-UNDANG ZAKAT DAN FITRAH

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU 2001)

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA.

1. Seksyen 20. Tidak membayar zakat atau fitrah.


Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi-

a. Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau

b. Enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM

2. Seksyen 37. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.

(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


3. Seksyen 40. Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberi kuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 58 Enakmen Pentadbiran.


4. Seksyen 41. Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.

Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 255

Hari sebelum 1084

Minggu ini 5004

Bulan ini 30656

Jumlah 588199

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?