COVID-19: MAIDAM Bayar Awal Bantuan Untuk Asnaf

Jumlah paparan: 2321

bharian1Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.

KUALA TERENGGANU: Kekangan kewangan dihadapi golongan asnaf, terutama menyediakan keperluan asas, berakhir apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju membuat bayaran bantuan lebih awal bulan ini.

Bantuan kewangan bulanan kepada 2,356 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM834,800 dan bantuan sara hidup kepada 1,678 penerima membabitkan jumlah sebanyak RM2.6 juta dibayar Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin, menjelaskan pembayaran bantuan bulanan kepada semua golongan asnaf itu diawalkan tujuh hari daripada jadual asal iaitu pada setiap 25 hari bulan.

Jelasnya, bayaran bertujuan membantu meringankan bebanan kewangan dihadapi golongan itu dimasukkan terus ke dalam akaun penerima mulai Rabu lalu.

“MAIDAM bersetuju menyegerakan pembayaran bantuan itu bagi membolehkan golongan berkenaan membeli barang keperluan asas berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

M Rozi turut menjelaskan, MAIDAM turut menubuhkan pasukan khas iaitu On Call COVID-19 MAIDAM untuk memantau dan mengambil tindakan segera masalah dihadapi golongan berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka tamat akhir bulan ini.

Sebagai contoh, jelasnya, ada asnaf di daerah Hulu Terengganu yang sangat memerlukan kewangan untuk membeli barang keperluan asas menghubungi MAIDAM, Selasa lalu.

“Selepas semakan dilakukan dan mendapati dia adalah asnaf serta namanya tersenarai penerima bantuan, kita terus mengambil tindakan menghantar bantuan dalam bentuk wang tunai.

“Susulan kes itu, saya mengarahkan pegawai MAIDAM di semua daerah bersiap siaga dan sentiasa melakukan pemantauan keperluan golongan asnaf, ” katanya.

Sumber : www.bharian.com.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 109

Hari sebelum 1127

Minggu ini 3306

Bulan ini 21313

Jumlah 1010699

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?