A A A

A- A A+

Akademi Kulinari Terengganu terima sumbangan sempena Musaadah JAWHAR-YWM-MAIWP Covid-19

Jumlah paparan: 100

akt jawhar


1 Julai 2020 (Rabu) Kuala Terengganu: Misi Musaadah Covid19 JAWHAR – Yayasan Waqaf Malaysia – Yayasan Taqwa MAIWP - MAIDAM di Kompleks Darul Iman, Kuala Terengganu. Penyerahan sumbangan dalam majlis ringkas ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku CEO YWM kepada wakil Akademi Kulinari Terengganu. Turut hadir, Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Bantuan tunai bernilai RM26,300.00 ini akan memberi manfaat kepada 263 alumni dan pelatih AKT. Kesemua mereka ini datangnya dari keluarga asnaf negeri Terengganu. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.Sebagai makluman, sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif #MUSAADAHCOVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada 19 Mac yang lalu.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 392

Hari sebelum 1199

Minggu ini 5861

Bulan ini 19869

Jumlah 967990

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?