unisza 1
7 Ogos 2022 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu majlis yang telah diadakan di Pejabat Naib Canselor, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

Dokumen perjanjian telah ditandatangani bagi pihak MAIDAM oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif) dan YBrs. Encik Abd Razak bin Abd Rahman (Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Mal) manakala bagi pihak UniSZA pula ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar). 
unisza 3

Turut menyaksikan detik bersejarah tersebut ialah YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM) dan YBrs. Dr. Azmi bin Omar (Ahli Lembaga Pengarah UniSZA).

Turut hadir daripada pihak UniSZA ialah YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Puan Shakimah binti Endut (Bendahari), YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini (Penasihat Undang-undang), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin b. Eng. Ali (Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen).

Pautan Gambar

Bilangan Pengunjung

Hari ini 579

Hari sebelum 1033

Minggu ini 2235

Bulan ini 22072

Jumlah 2608679

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag