Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Serah Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  11 Nov 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Majlis berkenaan melibatkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)  yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 223,351.88.

Di fahamkan zakat perniagaan adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2012. Dalam majlis itu juga, En. Johari Jonid ( Naib Presiden / Ketua Penasihat Syariah ), menjadi wakil bagi pihak BPMB menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Zakat) , Tuan Haji Alias Mamat.

Adalah difahamkan pihak BPMB mengagihkan zakat perniagaan mereka berdasarkan keuntungan mereka dan diagihkan ke negeri- negeri dan menyerahkannya kepada pihak  berkuasa zakat negeri yang terlibat. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat serta berkat dari Allah Ta’ala jua kepada BPMB serta warga kerjanya.

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 62

Hari sebelum 1137

Minggu ini 1199

Bulan ini 4646

Jumlah 2613677

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?