Ahli Mesyuarat MAIDAM

  • 11 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil

Senarai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

(13 Disember 2016 - 12 Disember 2019)

 

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda

DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK.

(dilantik berkuatkuasa 12 April 2018)

YANG DIPERTUA

 

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

YB. Dato' Wan Nawawi Bin Wan Ismail

DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK

AHLI

YB. Penasihat Undang-Undang Negeri

YB. Dato' Azhar Bin Abdul Hamid

DSAP.,AMK

AHLI

YB. Pegawai Kewangan Negeri

YB. Dato' Haji A.Rahman Bin Yahya

DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK

AHLI

Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu

YBhg. Dato' Dr. Haji Zulkiply Bin Haji Muda

DPMT.

AHLI

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Terengganu

Tuan Haji Abdul Malik Bin Wan Sidek

AMT.,PJC.,PJK

AHLI

YBhg. Dato' Wan Abdul Wahab Bin Wan Abdullah

DPMT.,JMN.,PJK

AHLI

YBhg. Prof. Dr. Abdul Hakim Bin Abdullah

AMZ.

AHLI

Tuan Haji Wan Abdul Rahim Kamil Bin Wan Mohamed Ali

AHLI

Tuan Haji Mohamad Zahari Bin Harun

AHLI

YBhg.Dr.Che Omar bin Haji Awang

YBhg. Dr. Che Omar Bin Haji Awang

AHLI

YBhg. Prof. Dr .Hj Yusoff Bin Mohamad

SMT.

AHLI

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM

YBrs. Haji W.Ismail Sahaimi Bin Haji W. Omar

SMZ.,PJK

SETIAUSAHA

Pengurusan Tertinggi

  • 11 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil

Pengurusan Tertinggi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

 YBrs. Haji W. Ismail Sahaimi Bin Haji W. Omar
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Tuan Haji M. Rozi Bin Bidin
TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

En. Mahari Bin Abdul Rahman
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA ( PENGURUSAN MAL )

En. Zul Izhar Bin Mohd Zulkifli
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA ( KHIDMAT PENGURUSAN )

 En. Nazli Amirri Bin Ngah
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA ( PENGURUSAN ZAKAT )

Carta Organisasi

  • 11 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil
 
 
 ** Sila Klik pada carta untuk paparan yang lebih jelas.

Sejarah Penubuhan

  • 11 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil
Berdasarkan catatan yang ditemui, MAIDAM pada asalnya dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, telah ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.
 
Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat Melayu.
 
Undang-Undang tersebut dinamakan Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).
 
Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3 orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.
 
Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).
 
Undang-Undang ini turut menghapuskan perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21 dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.
 
Mulai dari itu (1 Julai 1958), telah ditemui senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi Yang DiPertua Majlis.
 
Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac 1987. Dalam enakmen ini seorang Setiausaha dilantik bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
 
Pada tahun 1992, pindaan enakmen dibuat bagi menukar lantikan Setiausaha bagi JHEAT kepada lantikan Setiausaha bagi Majlis.
 
Tanggal 10 April 1996, diluluskan pindaan enakmen bagi membolehkan YAB Menteri Besar menjadi Yang DiPertua Majlis dan secara automatik Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama sebagai Setiausaha Majlis.
 
Pada 30 Jun 1998, pindaan sekali lagi dibuat melibatkan lantikan Setiauaha Majlis yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang akan menjalankan segala dasar dan ketetapan Majlis. Semua perkataan Jabatan dan Pesuruhjaya dalam enakmen ditukar kepada Majlis.
 
Seterusnya pada 22 November 2001, kerajaan telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002. Pindaan-pindaan telah dibuat pada tahun 2003 dan 2008 yang melibatkan pelantikan Yang Dipertua Majlis bukan Menteri Besar dan keanggotaan Majlis yang lain.
 
Pindaan terbaru terhadap Enakmen ini ialah pada tahun 2012. Kerajaan Negeri, melalui Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 25 April 2012, telah meluluskan pindaan Enakmen ini yang mengandungi dua puluh satu seksyen. 
 
Pindaan Seksyen 5 Enakmen memperlihatkan pemansuhan jawatan Timbalan Pesuruhjaya dan diwujudkan jawatan baru iaitu “Pengarah” bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Majlis dan Enakmen ini.
 
Jawatan Pesuruhjaya masih dikekalkan dan kuasa perlantikan kedua jawatan ini secara mutlak kekal di tangan Duli Yang Maha Mulia Sultan tanpa melibatkan nasihat Menteri Besar sebagaimana yang diamalkan sebelumnya. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama juga secara ‘automatik’ menjadi Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Enakmen

  • 14 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil

1. Enakmen berkuatkuasa


Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (En. 2/01) [ Original | Terkini ]
 

Senarai pindaan

a) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 (En. 1/03)

b) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2008 (En. A5)

c) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2012 (En. A28)



Kaedah/Peraturan

a) Peraturan-peraturan(Mengkompaun Kesalahan) Pentadbiran Hukum Syarak 1980 (Tr. P.U 4/81)

b) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Mengkompaun Kesalahan) 1987 (Tr. P.U 24/87)

c) Peraturan-peraturan (Saman) Pentadbiran Hukum Syarak 1980 (Tr. P.U. 5/81)

d) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Saman) 1987 (Tr. P.U 22/87)

e) Kaedah-kaedah Peguam Syari’e 1987 (Tr. P.U 11/87)

f) Penubuhan Mahkamah-mahkamah Syar’iah Dalam Negeri Terengganu 1987 (Tr. P.U 13/87)

g) Kaedah-Kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Borang Dan Fee) 1987 (Tr. P.U. 9/87)

h) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Bon Jaminan) 1989 (Tr. P.U 1/90)

i) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Prosedur Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) 1991 (Tr. P.U 19/92)

j) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Peraturan-peraturan Tanah Perkuburan Islam) 1992 (Tr. P.U 8/93)

k) Peraturan-peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Jawatankuasa Masjid) 2004 (Tr. P.U 1/04)

l) Kaedah-kaedah Pendaftaran dan Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (Tr. P.U 16/88)

m) Peraturan-peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Perlantikan, Peraturan Am dan Tatatertib Pegawai Masjid) 2015

n) Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Terengganu) 2015

Enakmen/Kaedah termansuh


a) Administration of Muslim Law Enactment, 1955 (1374H) [ Original | Terkini ]


Senarai Pindaan

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1980 (En. 11/80)

b) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 (En. 12/86) [ Original | Terkini ]


Senarai Pindaan

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 (Pindaan) 1992 (En. 1/92)

c) Kaedah-kaedah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pentadbiran Masjid-masjid) 1987 (Tr. P.U 23/87) [ Original | Terkini ]


2. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (En. 12/85)
 

Kaedah-kaedah

Kaedah-Kaedah Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Borang dan Fee) 1987 (Tr. P.U 10/87)


3. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 4/01)


4. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Tatacara Jenayah (Terengganu) 2001 (En. 5/01)


5. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 3/01)


6. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 6/01)


7. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Bukan Islam 1980 (En. 1/80)


8. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (En. 7/01)


9. Enakmen berkuatkuasa

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02)

Dasar

  • 11 Julai 2013 |
  • Diterbitkan dalam Profil
  1. Berlandaskan kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta sumber rujukan yang diterimapakai Syarak.
  2. Perlaksanaan segala projek, program, aktiviti dan inisiatif hendaklah menghala ke arah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi MAIDAM.
  3. Mengamalkan konsep kerjasama dan kesatuan amal secara bersepadu dan tersusun dengan pihak kerajaan, agensi kerajaan, swasta, NGO dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai objektif yang sama berasaskan polisi- polisi MAIDAM.
  4. Mengamalkan konsep keutamaan (al-aulawiyyat) dalam setiap keputusan dan pelaksanaan tindakan secara bijaksana, telus dan amanah.
  5. Mengelakkan ketirisan, penyelewengan dan campurtangan pihak ketiga yang tidak sihat dalam perlaksanaan projek, program, aktiviti dan inisiatif MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 457

Hari sebelum 1033

Minggu ini 2113

Bulan ini 21950

Jumlah 2608557

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?