Taklimat Perancangan dan Persaraan

Satu program yang diberi nama Taklimat Perancangan dan Persaraan oleh KWSP telah diadakan pada 11 Oktober 2017 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Seramai 90 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM semua peringkat telah menghadirinya. Takimat telah disampaikan oleh wakil KWSP Haji Razali Abdul Rahman.

Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen MAIDAM 2017

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen Kerajaan pada 21-23 Mei 2017 bertempat di Hotel M.S Garden, Kuantan, Pahang.

Kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM dan dikendalikan oleh KACD Resources Sdn. Bhd. Antara lain kursus ini mendedahkan peserta mengenai kategori rekod awam, pengkelasan dan pengendalian fail, merekod pergerakan fail, penggunaan sampul kecil, pengurusan fail 'Simpan Dalam Perhatian (SDP)' dan fail hilang serta pelupusan fail.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Pn. Suhailawati bt. Saigai.

Foto

Kadar Upah Simpan

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

NILAI MARHUM

(RM)

KADAR UPAH SIMPAN BULANAN

BAGI SETIAP RM100.00 NILAI MARHUN

1,000 ke bawah PERCUMA
1,001 - 3,000 RM 0.50 sebulan
3,001 - 5,000 RM 0.60 sebulan
5,001 - 10,000 RM 0.70 sebulan
10,001 ke atas RM 0.75 sebulan

Jenis-Jenis Barang Gadaian (Marhun)

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas.

• Cincin

• Rantai

• Subang

• Gelang tangan dan kaki

• Kerongsang

• Tali Tangan dan Kaki

• 'Gold Bar'

• lain-lain.

 

* Emas Putih dan sebarang bentuk Permata selain Berlian tidak diterima.

Penebusan Gadaian

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

• Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.

Tempoh Gadaian

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

• Tempoh gadaian yang diberikan selaman enam (6) bulan.

• Tempoh lanjut gadai sehingga empat (4) bulan.

Jumlah Gadaian

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

• Gadaian sehingga 80% nilai emas
• Maksimum pinjaman RM 10,000.00 setiap individu bagi cawangan Kuala Terengganu.
• Maksimum pinjaman RM 5,000.00 setiap individu lain-lain cawangan.

Konsep

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

• Mengabungkan konsep syariah iaitu Ar-Rahnu / Al-Wadiah Yad Adh-Dhamanah / Al-Qardhul Hasan / Al-Ijarah.

Pengenalan

  • 07 Februari 2018 |
  • Diterbitkan dalam Ar-Rahnu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu yang bertujuan untuk memberi kemudahan pinjaman ( bercagar ) secara mudah dan cepat berlandaskan syariat Islam bagi membantu individu menangani kehendak aliran tunai.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1320

Hari sebelum 1635

Minggu ini 2955

Bulan ini 51035

Jumlah 2694157

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?