Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

  • Menguruskan pungutan zakat dengan cekap, kemas dan teratur.

  • Menguruskan pengagihan wang zakat kepada asnaf yang ditetapkan dengan sempurna efisyen, telus dan adil.

  • Mengeluarkan Sijil Peguam Syarie dalam tempoh satu minggu selepas diluluskan oleh panel Perlantikan Peguam Syarie.

  • Memelihara, memulihara dan menyelenggara semua harta Wakaf dan Baitulmal untuk dimanfaatkan dengan sempurna.

  • Menyediakan kemudahan pajak gadai Islam ke setiap daerah di dalam negeri Terengganu.

Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019
Surat Perkeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2018 dikeluarkan bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan, pemantauan dan pematuhan Sistem Perakuan Standart Bagi Agensi Kerajaan "Standart Accounting System For Government Agencies" (SAGA) kepada agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). MAIDAM berjaya mendapat pengiktirafan ini pada bulan Mac 2019
saga



Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti tahun 2013

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sekali lagi menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bertaraf 4 bintang bagi tahun 2013. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut selepas tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Ini adalah penghargaan yang diterima bagi tahun 2011.

 

Menjadikan MAIDAM sebuah institusi Islam yang terbilang : 
  1. Berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah serta sumber rujukan yang diterimapakai Syarak.
  2. Perlaksanaan segala projek, program, aktiviti dan inisiatif hendaklah menghala ke arah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi MAIDAM.
  3. Mengamalkan konsep kerjasama dan kesatuan amal secara bersepadu dan tersusun dengan pihak kerajaan, agensi kerajaan, swasta, NGO dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai objektif yang sama berasaskan polisi-polisi MAIDAM.
  4. Mengamalkan konsep keutamaan (al-aulawiyyat) dalam setiap keputusan dan pelaksanaan tindakan secara bijaksana, telus dan amanah.
  5. Mengelakkan ketirisan, penyelewengan dan campurtangan pihak ketiga yang tidak sihat dalam perlaksanaan projek, program, aktiviti dan inisiatif MAIDAM.

 
  1. Peningkatan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.

  2. Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.

  3. Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.

  4. Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kank-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.

  5. Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.

  6. Mempertingkat sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.

  7. Memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.

  8. Pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.

  9. Membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.

 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY