Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Ucaptama YDP 2023
 
Kuala Terengganu 02 Januari 2023 bersamaan 09 Jamadilakhir 1444 - Majlis Ucaptama Yang Dipertua, Lafaz Aku Janji, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan dan Persaraan Kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hari ini.

Majlis dimulakan dengan pengisian ceramah agama bertajuk “Penjawat Awam : Syukurkah Kita?” oleh Ustaz Abu Usamah bin Mohd Napiah yang merupakan Ahli Panel Klinik Hukum, Jabatan Mufti Negeri Terenggganu. Ucaptama Yang Dipertua (YDP) telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail.

Sebelum YDP menyampaikan ucaptama, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam majlis yang sama, turut diraikan 20 orang kakitangan MAIDAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan untuk bulan September - Oktober dan November – Disember serta sumbangan kepada kakitangan MAIDAM yang terkesan akibat banjir teruk yang melanda baru-baru ini.

Kemuncak majlis pada hari ini adalah meraikan persaraan Encik Ahmad bin Bidin yang telah menabur bakti berkhidmat selama 22 tahun di MAIDAM.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY