Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 Pelancaran PS2023 2027 Laman Web

KUALA TERENGGANU 05 Ramadan 1444 bersamaan 27 Mac 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini melancarkan Pelan Strategik MAIDAM 2023-2027 dan laman web baharu. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM di Dewan Auditorium, JHEAT, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman di sini.
 
Pelan Strategik MAIDAM 2023-2027 mengandungi 3 teras strategik, 9 strategi dan 40 program tersebut bakal menjadi rujukan utama dan panduan pengurusan MAIDAM dalam merancang strategi dan program secara sistematik dan berobjektif bagi memastikan visi dan misi MAIDAM tercapai.
 
Pelancaran laman web baharu MAIDAM yang telah diberi nafas baharu dengan kandungan yang lebih segar dan capaian yang lebih baik pula diharap dapat membantu memantapkan penyampaian perkhidmatan MAIDAM kepada para pelanggan khususnya dan orang awam amnya.
 
Turut diadakan dalam majlis yang sama ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwibulanan (Januari dan Februari 2023), Anugerah Pejabat MAIDAM Daerah (PMD) Cemerlang Tahun 2022 serta Pengurniaan Tauliah Mengajar kepada pegawai dan kakitangan MAIDAM.
 
Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan para pegawai serta kakitangan MAIDAM turut menghadiri majlis tersebut.
 
 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY