Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
 Majlis Iftar Menyantuni Asnaf 2023
 
KUALA TERENGGANU 13 Ramadan 1444 bersamaan 04 April 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) meraikan seramai 60 orang asnaf dalam Majlis Iftar Menyantuni Asnaf MAIDAM 2023 yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.
 
Sebagai tanda penghargaan, MAIDAM turut menjemput hadir 60 pembayar zakat perniagaan daripada kalangan agensi, syarikat dan orang perseorangan yang merupakan penyumbang terbesar kepada pungutan zakat di Terengganu untuk berbuka puasa bersama-sama asnaf yang diraikan. 
 
Dalam majlis itu, para pembayar zakat juga diberi peluang untuk menyerahkan sendiri sumbangan bakul makanan kepada asnaf. Simbolik ini secara tidak langsung merupakan kesempatan dan peluang kepada pembayar zakat untuk mendekati dan menyantuni para asnaf.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) dan pegawai-pegawai MAIDAM turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY