Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
TM serah zakat perniagaan 2024
 
KUALA TERENGGANU 22 Januari 2024 bersamaan 10 Rejab 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima serahan zakat perniagaan daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) di ibu pejabat MAIDAM sebentar tadi.
 
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menerima serahan zakat perniagaan tersebut yang berjumlah RM542,590.00 daripada Tuan Haji Maliki Harun, Pengurus Besar TM Terengganu.
 
Menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Tuan Haji Muhamad Ridwan Ibrahim, Penolong Pengurus Besar TM Terengganu.
 
Hadir sama ialah Ustaz Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) dan beberapa orang wakil pengurusan TM Terengganu serta pegawai-pegawai MAIDAM.
 
Sekalung penghargaan MAIDAM kepada Telekom Malaysia Berhad di atas penyerahan zakat perniagaan tersebut.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY