Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Mesyuarat Penutup Audit 2024
 
Kuala Terengganu 07 Februari 2024 bersamaan 26 Rejab 1445 - YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 semalam di Primula Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.
 
Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pengauditan Penyata Kewangan MAIDAM Bagi Tahun Berakhir 2022 sebelum sijil audit dikeluarkan. Dalam mesyuarat tersebut, pengurusan MAIDAM telah diberi peluang untuk memperincikan maklumbalas dengan mengemukakan status terkini ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan selepas sesi Mesyuarat Pra Penutup Pengauditan Penyata Kewangan yang diadakan sebelum ini.
 
Dalam mesyuarat berkenaan juga, Ketua Audit Negara telah mengingatkan semua pihak pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) termasuk MAIDAM serta ahli mesyuarat tentang kewajipan memastikan pengurusan kewangan MAIN diuruskan dengan lebih baik bagi meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan dana-dana awam termasuk dana zakat, wakaf dan sumber am.
 
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV, Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
 
Mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ialah Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal, Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat, Encik Mohd Jalil Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pembangunan Harta dan Projek serta pegawai-pegawai MAIDAM yang lain.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY