Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
AIGA2023 003
 
Putrajaya 22 Februari 2024 bersamaan 12 Syaaban 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima Anugerah Perak di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.
 
Majlis petang tadi yang berlangsung di Perbadanan Putrajaya menyaksikan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Nor Yahati Awang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).
 
Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023) merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam sesebuah organisasi.
 
Besarlah harapan agar kejayaan ini akan menyuntik semangat warga kerja MAIDAM untuk terus menambah baik kualiti integriti dan governans serta mencapai sifar rasuah di dalam setiap aspek pentadbiran dan perkhidmatan MAIDAM.
 
Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ialah Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM.
 
 AIGA2023 002
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY