Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Projek Baju Raya 2024 
 
Kuala Terengganu 2 April 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyumbang sebanyak RM18,000.00 bagi menjayakan Program Projek Baju Raya Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Tahun 2024.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan bersama-sama 20 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM telah turun padang untuk menjayakan program tersebut bagi menyantuni murid-murid dari 6 buah sekolah rendah membeli pakaian serta kelengkapan lain bagi meraikan Aidilfitri di KTCC Mall Kuala Terengganu hari ini. Setiap murid mendapat wang saku sebanyak RM300.00 seorang di samping sumbangan wang saku daripada ibu bapa angkat masing-masing.
 
Seramai 60 orang murid-murid kurang berkemampuan yang ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing adalah dari Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, SK Tok Dir dan SK Padang Midin bagi daerah Kuala Terengganu serta SK Kompleks Seberang Takir, SK Bukit Tunggal dan SK Tok Jiring untuk daerah Kuala Nerus.
 
Program ini adalah anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).
 
Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja telah merasmikan program tersebut di Wisma Darul Iman serta menyerahkan murid-murid tersebut sebagai anak angkat kepada pegawai dan kakitangan MAIDAM, ahli AKRAB dan ahli PUSPANITA.
 
YBM Tengku Seri Bijaya Raja merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AKRAB, MAIDAM, PUSPANITA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, KTCC Mall dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tanggungjawab sosial tersebut.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY