
YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang utama cabutan bertuah bagi program Zakat Special Deals 2023 di ibu pejabat MAIDAM pada hari Rabu, 28 Februari 2023.
Cabutan kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kempen Potongan Zakat Berjadual, Kempen Zakat Perniagaan dan Zakat Akhir Tahun.
Turut hadir ialah En. Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha-Pengurusan Mal, Pn. Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan serta pegawai MAIDAM yang lain.