fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

May 2025
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
kira
Kalkulator Zakat, Fidyah, Fakir Miskin
bayar
Bayar Zakat atau Wakaf Anda Di sini
moohon
Bantuan Zakat dan sewaan tanah Wakaf
LAIN-LAIN
Senarai Agen Zakat, Senarai Agen Wakaf, Senarai Amil dll
WAKAF
Laman Web Wakaf

Berita Semasa

Cakna Pendidik Kuala Nerus 2024
 
23 Julai 2024 bersamaan 17 Muharam 1446H - Alhamdulillah, Program Pendidik Cakna Zon Tengah telah berlangsung di Dewan Ar Riyadah Residence yang dihadiri oleh 450 guru sekolah dari daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.
 
Dalam majlis tersebut, dua slot taklimat diadakan iaitu berkenaan wakalah majikan, zakat dan wakaf disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Promosi) MAIDAM serta bantuan persekolahan oleh wakil Yayasan Pendidikan MAIDAM.
 
Majlis itu juga menyaksikan penyerahan wakalah majikan diserahkan kepada 19 buah sekolah di zon tengah yang telah memohon bagi tahun 2023. Dua anugerah turut disampaikan iaitu kategori Jumlah Pembayar Tertinggi Potongan Zakat Berjadual (PZB) tahun 2023 dimenangi oleh SMK Haji Abdul Rahman Limbong manakala bagi kategori Amaun Potongan Zakat Berjadual (PZB) Tertinggi pula dimenangi oleh SMK Ibrahim Fikri.
 
Turut hadir ke majlis itu ialah Tuan Haji Tun Mohd Salim Tun Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Muhamad Ubaidullah Mohd Kamaruddin, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta JPNT dan Encik Sharizal Shaarani daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Manakala daripada MAIDAM dihadiri oleh Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal), Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) dan Tuan Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat).
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah membuat PZB kerana telah membantu para pelajar yang kurang berkemampuan di negeri Terengganu.
 
 

TAHUKAH ANDA?

Projek Wakaf, Pembangunan semula Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu dikendalikan sepenuhnya oleh MAIDAM Setiap sumbangan wakaf anda akan memberi manfaat kepada ummah. Ayuh berwakaf!

epay.maidam.gov.my
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY