fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

SUK AIGA 2023 1 small
 
8 Julai 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima sijil penghargaan daripada Setiausaha Kerajaan Terengganu sempena kejayaan MAIDAM merangkul Anugerah Perak bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) Tahun 2023 pada awal tahun ini.
 
Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman dan Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) Tahun 2023.
 
Sijil tersebut telah diterima oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM di Dewan Besar, Wisma Darul Iman pagi tadi.
 
SUK AIGA 2023 2
 Kunjungan ke JPN Terengganu 2024
 
3 Julai 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) hari ini. Rombongan MAIDAM diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik bersama Penolong Setiausaha (Promosi), Ustaz Muhamad Syarif Omer dan Pegawai Promosi MAIDAM.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi jumlah pembayar Potongan Zakat Berjadual (PZB) dan memberi hebahan tentang Wakalah Majikan dalam kalangan guru-guru di Negeri Terengganu. Pihak JPNT menyambut baik dan menyokong usaha MAIDAM dalam mempromosikan lagi Wakalah Majikan kepada guru-guru dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
 
Turut hadir Encik Rosli Chik, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah dan beberapa orang wakil dari JPNT.
 
MAIDAM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) atas kesudian menerima kunjungan kami.
 
 
 Ramah Mesra Jabatan Angkat Pingpong 2024 2
 
3 Julai 2024 - Satu majlis ramah mesra telah diadakan hari ini antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai jabatan angkat dengan kontinjen pingpong Terengganu, SUKMA 2024.
 
Di dalam majlis tersebut, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menyampaikan sumbangan daripada MAIDAM sebagai pembakar semangat kepada kontinjen pingpong Terengganu, SUKMA 2024.
 
YB Mohd Shafizi Ismail (ADUN Batu Rakit) selaku bapa angkat turut menghadiri majlis tersebut bersama-sama Puan Hajah Maldiana Abd. Patah, Timbalan Ketua Kontinjen II SUKMA Sarawak 2024 dan Dr. Haji Nasree Najmi, Timbalan Pengarah (Pembangunan), MSN Terengganu.
 
 
 Kunjungan MAINS 2024 1
 
Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) baru-baru ini yang diketuai oleh Encik Mohd Hasni Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat MAINS.
 
Kunjungan hormat itu telah disambut dengan penuh ukhuwah dan mahabbah oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif serta pegawai-pegawai MAIDAM.
 
Pertemuan dua hala ini telah membincangkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi.
 
 
Pemenang Kempen Bayar Zakat Guna eAmil DNQR
 
Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berjaya meningkatkan kutipan zakat fitrah melalui kempen pembayaran dengan saluran π˜‹π˜Άπ˜ͺπ˜΅π˜•π˜°π˜Έ π˜˜π˜™ bermula 1 hingga 30 Ramadan yang lepas.
 
Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM berkata kempen tersebut adalah khusus kepada amil bertauliah di bawah MAIDAM. Kelebihan π˜‹π˜Άπ˜ͺπ˜΅π˜•π˜°π˜Έ π˜˜π˜™ ialah para amil tidak perlu menyimpan duit di tangan kerana kutipan zakat fitrah tersebut akan disalurkan secara terus ke akaun MAIDAM.
 
Untuk makluman, π˜‹π˜Άπ˜ͺπ˜΅π˜•π˜°π˜Έ π˜˜π˜™ dilengkapkan dalam Sistem eAmil MAIDAM di mana para amil tidak lagi memerlukan buku resit manual untuk menerima bayaran zakat fitrah daripada para pembayar zakat. Melalui sistem eAmil ini, para amil boleh menerima zakat secara tunai dan bukan tunai (cashless).
 
Dalam majlis ringkas ini, Encik Mohd Azrul Hafiz Alias telah dipilih sebagai pemenang sempena kempen ini kerana mendapat nilai dan bilangan transaksi tertinggi melalui π˜‹π˜Άπ˜ͺπ˜΅π˜•π˜°π˜Έ π˜˜π˜™ sistem eAmil.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY