Putrajaya 22 Februari 2024 bersamaan 12
Syaaban 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima Anugerah Perak di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.
Majlis petang tadi yang berlangsung di Perbadanan Putrajaya menyaksikan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Nor Yahati Awang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).
Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023) merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam sesebuah organisasi.
Besarlah harapan agar kejayaan ini akan menyuntik semangat warga kerja MAIDAM untuk terus menambah baik kualiti integriti dan governans serta mencapai sifar rasuah di dalam setiap aspek pentadbiran dan perkhidmatan MAIDAM.
Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ialah Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM.
Kuala Terengganu 07 Februari 2024 bersamaan 26 Rejab 1445 - YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 semalam di Primula Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.
Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pengauditan Penyata Kewangan MAIDAM Bagi Tahun Berakhir 2022 sebelum sijil audit dikeluarkan. Dalam mesyuarat tersebut, pengurusan MAIDAM telah diberi peluang untuk memperincikan maklumbalas dengan mengemukakan status terkini ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan selepas sesi Mesyuarat Pra Penutup Pengauditan Penyata Kewangan yang diadakan sebelum ini.
Dalam mesyuarat berkenaan juga, Ketua Audit Negara telah mengingatkan semua pihak pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) termasuk MAIDAM serta ahli mesyuarat tentang kewajipan memastikan pengurusan kewangan MAIN diuruskan dengan lebih baik bagi meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan dana-dana awam termasuk dana zakat, wakaf dan sumber am.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV, Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
Mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ialah Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal, Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat, Encik Mohd Jalil Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pembangunan Harta dan Projek serta pegawai-pegawai MAIDAM yang lain.
KUALA TERENGGANU 22 Januari 2024 bersamaan 10 Rejab 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima serahan zakat perniagaan daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) di ibu pejabat MAIDAM sebentar tadi.
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menerima serahan zakat perniagaan tersebut yang berjumlah RM542,590.00 daripada Tuan Haji Maliki Harun, Pengurus Besar TM Terengganu.
Menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Tuan Haji Muhamad Ridwan Ibrahim, Penolong Pengurus Besar TM Terengganu.
Hadir sama ialah Ustaz Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) dan beberapa orang wakil pengurusan TM Terengganu serta pegawai-pegawai MAIDAM.
Sekalung penghargaan MAIDAM kepada Telekom Malaysia Berhad di atas penyerahan zakat perniagaan tersebut.
Dungun 20 Januari 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menghargai dan mengalu-alukan sumbangan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mangsa banjir daerah Dungun di dalam program Misi Bantuan Pasca Banjir MAIS, Agensi dan Anak Syarikat Ke Negeri Terengganu semalam.
Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS selaku ketua delegasi MAIS telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM140,000.00 kepada MAIDAM yang diwakili oleh Encik Abd. Razak Abd. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) di dalam majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) petang Jumaat lepas (19 Januari 2024).
Misi Bantuan Pasca Banjir MAIS ini merangkumi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
Sumbangan RM140,000.00 tersebut adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM75,000.00, 500 pek makanan asas dengan nilai RM25,000.00 dan sumbangan wakaf fisabilillah bagi baik pulih 2 buah masjid berjumlah RM40,000.00 kepada Masjid Rantau Abang dan Masjid Batu Tiong.
Menyaksikan majlis sumbangan tersebut ialah Encik Jusman Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun dan Ustaz Ahadi Othman, Pegawai Agama Daerah. MAIDAM merakamkan ucapan terima kasih kepada MAIS dan anak-anak syarikat, juga kepada Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Majlis Daerah Dungun, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis penyampaian sumbangan tersebut.
Putrajaya Isnin 15 Januari 2024 bersamaan 3
Rejab 1445 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM884,232.00 untuk Tabung Musa’adah Rakyat Palestin kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada YBhg Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM di dalam satu majlis ringkas hari ini.
Sumbangan terbesar dana ini adalah daripada orang ramai melalui kutipan di masjd-masjid seluruh negeri Terengganu di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Sumbangan tersebut termasuk yang dikutipan daripada warga kerja MAIDAM dan MAIDAM Property Sdn Bhd serta peruntukan daripada Kumpulan Wang Sumber Am MAIDAM.
Sumbangan ini adalah lambang kebersamaan, kecaknaan dan sokongan tidak berbelah bahagi umat Islam seluruh negeri Terengganu kepada perjuangan rakyat Palestin. Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Tuan Haji Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Tuan Haji M. Rozi Bidin, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.