Kuala Terengganu, 21 Oktober 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menjalani Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan pada 20 dan 21 Oktober 2024. Sesi inspektorat itu dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Terengganu yang diketuai oleh En. Ahmad Fakrudin Azizan, Pengarah CGSO Terengganu, En. Azri Ajib, Ketua Unit Keselamatan Perlindungan, En. Ahmad Syukri Mohammad Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dan En. Mohd Sayuti Abdullah, Penolong Unit Keselamatan Perlindungan.
Bagi menyantuni pasukan Inspektorat CGSO Terengganu, pentadbiran MAIDAM pula diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) MAIDAM, di samping pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain.
Inspektorat Keselamatan Perlindungan bertujuan membantu meningkatkan pengurusan keselamatan perlindungan antaranya dalam aspek pematuhan kepada Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan ICT dan seumpamanya.
Kuala Terengganu, 14 Oktober 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM9.28 juta di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini.
Penyerahan zakat tersebut didahului oleh Encik Nor Shahrizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Islamic Berhad berjumlah RM1,267,418.82 bagi zakat perniagaan tahun berakhir 2023.
Sejurus selepas itu, Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji (TH) pula menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2023 sebanyak RM8,018,890.00.
Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Datoโ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Timbalan Mufti Terengganu.
Turut hadir ialah Tuan Haji Nizan Johar Abdul Wahab, Pengarah Negeri, Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Mohd Yusalmie Shafie, Ketua Pentadbiran & Haji Negeri Terengganu, Encik Munawwaruzzaman Mahmud, Ketua Pengurusan Syariah, Maybak Islamic Berhad dan Encik Mat Zamri Hassan, Ketua Prestasi Perniagaan & Produktiviti Wilayah Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Kuala Terengganu 7 Oktober 2024 - Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah berjaya diadakan bersama Jabatan Audit Negara dan MAIDAM di Wisma Audit Negeri Terengganu, Kawasan Pembangunan Bukit Besar, Kuala Terengganu.
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusi dan menyempurnakan mesyuarat tersebut bersama-sama pasukan audit yang terdiri daripada YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara - Kewangan, Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan IV dan Haji Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu.
Manakala MAIDAM pula diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal, Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan, Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Zakat, Encik Mohd Jalil Ngah, Ketua Penolong Setiausaha - Pembangunan Harta dan Projek dan Hajah Norliza Muhd Nor, Penolong Kanan Setiausaha - Kewangan serta lain-lain pegawai MAIDAM.
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Timbalan Mufti Negeri Terengganu dan YBrs. Puan Norlinda Daim, Pengarah Penilaian Negeri Terengganu.
Dalam mesyuarat tersebut, pengurusan MAIDAM telah diberi peluang untuk memperincikan maklumbalas dengan mengemukakan status terkini ke atas beberapa teguran audit dan keseluruhan isu telah mendapat pandangan dan ulasan yang membina daripada Jabatan Audit Negara.
Kerjasama baik Jabatan Audit Negara amat membantu MAIDAM untuk terus memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengurusan kewangan selaras dengan kerangka konseptual berasaskan syariah.
Datuk Wan Suraya kemudiannya menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin.
Mengakhiri mesyuarat tersebut, Ketua Audit Negara dan pasukan audit seterusnya meluangkan masa untuk melawat dan mendengar taklimat berkaitan pengurusan Hotel Wakaf, The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu oleh pihak MAIDAM, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).
Kuala Terengganu 28 September 2024M l 23 Rabiul Awal 1446H - Program ๐น๐๐&๐พ๐๐๐ ๐ญ๐๐ ๐พ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ berjaya mengumpul RM50,000.00 dengan 1,000 penyertaan untuk Tabung Wakaf Tunai MAIDAM Terengganu.
YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu telah melakukan pelepasan para peserta bagi program ini yang bermula pada pukul 8 pagi di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Turut serta YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri dan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama memeriahkan program tersebut.
MAIDAM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ๐น๐๐ & ๐พ๐๐๐ ๐ญ๐๐ ๐พ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ.
Kuala Lumpur 3 Oktober 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Menara Bank Pembangunan Plaza Conlay, Kuala Lumpur. Delegasi MAIDAM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan disambut baik oleh YBhg. Datoโ Sulaiman Mohd Tahir, Pengerusi BPMB, Hj Ruslan Yohman, Ketua Pengurusan Zakat BPMB dan Noor Ain Mohd Amin, Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan BPMB.
Kunjungan ini bertujuan menyampaikan penghargaan kepada pihak BPMB atas bayaran zakat kepada MAIDAM serta perkongsian beberapa manfaat yang ditawarkan kepada BPMB atas pembayaran zakat tersebut.
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada BPMB atas kesudian menerima kunjungan ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Promosi MAIDAM, Muhamad Syarif Omer dan Mohd Asyraf Mohd Nasir, Pegawai Promosi MAIDAM.