Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

May 2024
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
kira
Kalkulator Zakat, Fidyah, Fakir Miskin
bayar
Bayar Zakat atau Wakaf Anda Di sini
moohon
Bantuan Zakat dan sewaan tanah Wakaf
LAIN-LAIN
Senarai Agen Zakat, Senarai Agen Wakaf, Senarai Amil dll

Berita Semasa

Pengenalan

Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim) terutama di bawah asnaf fakir miskin. 


Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak MAIDAM sehingga selesai pendidikan menengah mereka.


Jawatankuasa pengurusan asrama ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM selaku Pengerusi. Asrama ini juga diselia dan diuruskan oleh seorang penyelia/pengetua.


akhyar 1  akhyar 2


Lokasi


Asrama Darul Akhyar terletak di Lot. 3387, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.


GoogleMaps


akhyar 3

 
Kemudahan Asrama
Asrama ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan. Terdapat bilik yang selesa menempatkan 4 orang penghuni setiap satu bilik. Asrama ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau dan dewan makan serta ruang pejabat bagi melicinkan perjalanan program asrama.


Syarat Kemasukan


i-    Anak yatim yang kematian bapa atau kedua-duanya (ibu dan bapa ) / fakir miskin
ii-   Masih bersekolah dan ingin meneruskan persekolahan
iii-  Berumur 13-19 tahun
iv-  Bersemangat ingin belajar
 
akhyar 4  akhyar 5

 

TAHUKAH ANDA?

Projek Wakaf, Pembangunan semula Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu dikendalikan sepenuhnya oleh MAIDAM Setiap sumbangan wakaf anda akan memberi manfaat kepada ummah. Ayuh berwakaf!

epay.maidam.gov.my
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY