Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

April 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
kira
Kalkulator Zakat, Fidyah, Fakir Miskin
bayar
Bayar Zakat atau Wakaf Anda Di sini
moohon
Bantuan Zakat dan sewaan tanah Wakaf
LAIN-LAIN
Senarai Agen Zakat, Senarai Agen Wakaf, Senarai Amil dll

Berita Semasa


PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI POTONGAN GAJI
 
Bagi Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kakitangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta:
  • Penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIDAM melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak RM5 dan tiada had maksimum ditetapkan.
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Wakaf Tunai yang disediakan oleh MAIDAM.
  • Borang penyertaan mengandungi 3 salinan (kertas berkarbon) yang berwarna putih, merah jambu dan kuning.
  • Borang berwarna putih untuk salinan pejabat dan mestilah diserahkan kepada MAIDAM, borang berwarna merah jambu untuk salinan majikan dan seterusnya borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pemohon.
  • Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula borang potongan gaji dan nyatakan jumlah di ruangan ditambah/kurang.
  • Pemohon yang ingin membatalkan skim potongan gaji Wakaf Tunai hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan dan MAIDAM.
  • Resit akan dikeluarkan pada setiap bulan setelah MAIDAM menerima bayaran daripada pihak majikan.
  • Penyata Tahunan juga akan dikeluarkan kepada penyumbang.

Tekan di sini untuk Borang Penyertaan Wakaf Tunai MAIDAM


PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI JOMPAY


Sila ke laman web ePay MAIDAM.

1. Log masuk ke perbankan internet bank anda dan cari menu JomPAY. 

2. Masukkan Biller Code 34116 dan jumlah sumbangan.

3. Masukkan  Ref 1  : Kod Janaan Sistem ePay MAIDAM
                      

 


PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI KAUNTER


1. Sila hadir ke Ibu Pejabat MAIDAM di Kompleks Seri Iman atau Pusat Urusan Zakat Daerah.

2. Sila ambil nombor giliran Kaunter Pelbagai (Ibu Pejabat) dan mana-mana kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah.

3. Buat pembayaran dan resit akan dikeluarkan.

4. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 09-6303030 samb. 3106.


PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI TABUNG


1. Sumbangan Wakaf Tunai boleh dimasukkan ke dalam tabung-tabung yang disediakan di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Pusat Urusan Zakat Daerah-daerah atau Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu.

2. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 096303030 samb. 3106.

TAHUKAH ANDA?

Projek Wakaf, Pembangunan semula Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu dikendalikan sepenuhnya oleh MAIDAM Setiap sumbangan wakaf anda akan memberi manfaat kepada ummah. Ayuh berwakaf!

epay.maidam.gov.my
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY